Pages

Monday, May 31, 2010

Makanan tradisional India yang semakin diminati


Artikel kali ini saya akan cerita sejenis lagi Makanan tradisional India yang tidak asing lagi di Malaysia. Roti canai atau paratha dan puri ini pada asalnya ialah makanan kegemaran kaum India. Namun kini, ia semakin digemari oleh sesiapa sahaja tidak kira bangsa dan agama. Roti canai berjaya meletakkan tarafnya bersama dengan nasi lemak, diminati oleh sebilangan besar rakyat Malaysia. Capati dan tosai juga tidak ketinggalan kerana dikenali mempunyai banyak khasiat dan ianya juga sesuai untuk mengurangkan penyakit kencing manis dan darah tinggi. Roti-roti ini biasanya sedap dimakan sekiranya dicicah bersama dal, kari dan sambal.

Selain itu ada sejenis Makanan tradisional India yang tidak kurang hebatnya. Sudah tentu anda kenal nasi beriani. Terdapat beberapa jenis nasi beriani tetapi yang menjadi sebutan dan gilaan ialah nasi beriani gam. Ia bukan sahaja digemari oleh kaum India tetapi juga diminati oleh kaum-kaum yang lain. Selain itu, Makanan tradisional India yang lain adalah seperti Kuih muih seperti wade, maruku dan suji. Jika dilihat memang banyak makanan tradisional kaum India ini. Pada artikel akan datang saya akan cuba paparkan pelbagai jenis makanan lagi. Diharap anda boleh berikan cadangan.

No comments:

Post a Comment